Saturday, December 25, 2010

"Adakah Dia Benar -Benar Mencintaiku? "


  1 _ 0rang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya

2 _ 0rang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu

3 _ 0rang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda

4 _ 0rang yang mencintai anda hanya akan menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapus air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda

5 _ 0rang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya

6 _ 0rang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya

7 _ 0rang yang mencintai anda mungkin tidak mengingat tarikh-tarikh yang istimewa seperti ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda

8 _ 0rang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunujukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda

9 _ 0rang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan 

10 _ 0rang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri













2 comments:

xkan tinjau2 je..cmmnt la sket \^w^/ yeahh.!!