Friday, March 11, 2011

mimpi


السلام عليکم

ak sebenarnye susah giler nk mmpi
tp ak salo je dgr org cite2 sal mmpi dorg
xkesah la sape
dak bilik ak ke
mmbe2 ak ke
org2 sebelah ak ke
msti depa dok bork pasal mmpi dorg smlm

punye la payah kot ak nk mmpi
xmmpi pon x pe..
xkesah pon
lg bagus..xkaco tido ak
jap ag tido,bagun2 eh2 dah pagi..
kan bagus ari2 cm 2
waaahhh..nikmatnye tido

tapi tidak lagi hari ni
pagi td ak mimpi org yg dah pergi meninggalkan ak
arwah azam
sangat sekejap
x sampai 5 minit pon mimpi ak td

dlm mimpi td
ak jmpe die
mcm2 ak tnye die..
azam wat pe ni?
kt mane?
azam sehat?
azam ok?
sikit pon die x endahkan

muke nmpk tenang je..
tp ak x ..
ak sikit punye risau kt die

dah setaun lebih die tgglkan ak n kwan2
detik jam 7 lebih td
ak jumpe die,tapi hanye sekejap

mimpi ak td diakhiri dgn deringan telefon
tp dari riak wajahnye
ade sesuatu yg cube die sampaikan
tp ak x sempat untuk mengerti
die terus pergi..

apekah maksudnye???
adakah die hanya melawat ak?
adakah die mahu berterima kasih kepada ak?
adakah die mahu memberi peringatan kepada ak?
atau die mahu mintak pertolongan drpd ak?

sedikit terdetik dihati ini
ya allah..

jika benar ade musibah yg akan berlaku
kau jauhkan la atau kau rngankan la

jika benar die mahu melawat ak atau mahu berterima kasih kpd ku
ak bersyukur ak masih berpeluang melihat dia
walaupon hanya dalam mimpi

jika benar dia mahu memperingatkan ak
ak bersyukur kerana kau utuskan dia untuk menegur ak
ak bersyukur kau menegur ak dengan cara lembut

dan jika benar dia mahu pertolongan
ak akan tolong dgn ape yg termampu
sedekah kan al-fatihah
sedekah yassin

moge kau aman disana Muadzzam Shah bin Karim Shah
:'(


وااللهاوعالم بي ثواب
wallahualam bi sawab




Sunday, March 6, 2011

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....



Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "